Bismillahirahmanirrahim
Break & Retest di Zon Ketegangan — Ujian Kesabaran Sebelum Lonjakan
Tarikh & Masa: 7–8 Oktober 2025
Timeframe: 3 Minit
Hari itu bermula dengan suasana sideway panjang. Candle-candle kecil seperti sedang “menggoda” — seolah-olah pasaran belum memutuskan arah sebenar. Paras 4,448 menjadi dinding psikologi yang menahan harga. Setiap kali harga cuba menembusinya, ia ditolak semula.
Namun sesuatu berbeza berlaku menjelang 12:00 tengah hari. Volume meningkat, candle menembusi resistance dengan badan penuh, dan saya segera bersiap untuk entry long selepas retest resistant yang kemas. Entry ini terasa lebih tenang — bukan kerana yakin sepenuhnya harga akan naik, tetapi kerana sistem dan setupnya selari dengan disiplin saya.
Harga terus bergerak perlahan, memberi ruang nafas. Price retest di breakout become support lalu melantun dan meneruskan sideway sehingga tutup sesi petang. Nah, pada pukul 17:45 sebelum market close, saya exit position supaya tidak dikenakan interest.
Pada sesi malam, saya lupa untuk re-entry pada opening price pada pukul 9:00pm. Apabila teringat saya melihat market telah bergerak jauh dari harga entry yang sepatutnya. Dengan rasa berat hati, saya biarkan ia pergi perlahan tanpa mengharapkan ia datang kembali dek kerana risiko yang tidak sanggup ku ambil.
Hati lebih bergetar apabila price Gap up pada opening session, Patutkah saya ambil risiko +7 ticks black gap atau lepaskan? Saya lepaskan dan move on dengan next trade, kerana saya sudah terlepas entry pada malam sebelumnya.
Dalam masa kurang sehari, pasaran melonjak kira-kira +73 ticks Saya tidak terlalu menyesal — kerana saya tahu perjalanan ini bukan tentang menang satu trade, tapi tentang kekal konsisten.
Namun selepas itu, momentum mula perlahan dan muncul tanda-tanda keletihan pasaran. Garis merah menjadi tanda trailing stop asal jika saya masih dalam position — bukan kerana panik, tetapi kerana mematuhi rancangan asal. Dalam trading, keluar dengan disiplin juga satu kemenangan kecil.
Setiap trade membawa pengajaran — kali ini tentang kesabaran dan kejelasan.
Sebelum penembusan berlaku, pasaran menguji emosi saya dengan pergerakan kecil yang seakan tiada hala. Saya hampir hilang fokus beberapa kali. Namun apabila saya berpegang pada struktur dan bukti, bukan emosi, Allah tunjukkan hasilnya.
Dalam saat kemenangan kecil ini, saya teringat betapa mudahnya manusia mendakwa “aku pandai baca pasaran”, sedangkan hakikatnya — hanya Dia yang benar-benar menggerakkan harga. Saya hanya pembaca isyarat, bukan penentu arah.Alhamdulillah atas rezeki ilmu dan ketenangan dalam keputusan hari ini.
Astaghfirullah atas detik-detik tergoda oleh rasa tamak, tergesa mahu entry sebelum setup sempurna. Semoga Allah terus bimbing hati ini untuk melihat chart bukan sekadar peluang untung, tetapi medan latihan jiwa — antara sabar, tawakkul, dan syukur.
“Ya Allah, berkatilah setiap langkah pencarian rezeki ini.
Kurniakan kepadaku pandangan yang tajam dalam membaca tanda-tandaMu,
hati yang sabar dalam menunggu masa yang tepat,
dan kekuatan untuk menerima keputusanMu dengan redha.
Jadikan setiap keuntungan jalan mendekatkan diri kepadaMu,
dan setiap kerugian sebagai peringatan agar aku tidak lupa Engkau.”— آمين يا رب العالمين —


Leave a Reply