Sejarah dan Peranan
Bursa Malaysia Derivatives (BMD) adalah bursa derivatif terkemuka di Asia Tenggara. FCPO adalah produk utamanya. Berbeza dengan bursa komoditi lain yang gagal seperti JADE (Joint Asian Derivatives Exchange) yang ditutup kerana kurang cair, FCPO semakin kukuh.
Pesaing FCPO:
-
DCE (Dalian Commodity Exchange): Berjaya dengan RBD palm olein hadapan sejak 2007
-
APEX (Asia Pacific Exchange): Melancarkan kontrak CPO dengan saiz 10 tan/metrik, denominasi USD, dan 6 titik serah di Indonesia & Malaysia
-
JFX (Jakarta Futures Exchange): Melancarkan kontrak fizikal CPO dengan saiz 500 tan se lot
Mengapa FCPO Kekal Unggul?
-
Kecairan tinggi
-
Data pengeluaran telus dari MPOB (Malaysian Palm Oil Board)
-
Syarikat-syarikat sawit tersenarai di Bursa Malaysia yang rutin menerbitkan data
-
Ekosistem perdagangan yang matang selama 40+ tahun
Peranan Bursa:
-
Menyediakan platform perdagangan yang teratur dan telus
-
Menjamin penyelesaian kontrak (clearing house)
-
Menetapkan peraturan dan keperluan margin
-
Melakukan pengawasan pasaran
