Tawakal dan Sabar: Dua Kuasa dalam Trading

by

in

Tawakal dan berserah kepada Allah

1. Berusaha dengan Ilmu dan Strategi

Pastikan trading dibuat dengan ilmu analisa pasaran dan pengurusan risiko. Jangan terapkan hope analisis, atau mengharapkan nasib.

Contoh: trader buat keputusan sendiri kenapa buy, di mana cutloss bukan sekadar ikut signal.

2. Bergantung kepada-Nya

Doa & istighfar boleh memberi ketenangan dan keyakinan semasa trading. Trading yang patuh Syariah lebih diberkati & dijauhkan dari unsur haram.

Contoh: sebelum tekan button buy tu baca doa dan niat cari rezeki halal dan berkat.

3. Terima Rezeki dengan Redha

Setiap untung dan rugi kehendak Allah. Allah yang membolak-balikkan hati seluruh manusia dalam dunia. Jika untung bersyukur, jika rugi muhasabah dan move on.

Contoh: lepas loss jangan salahkan pasaran, take full responsibility. Takpa la sedih sekejap, we are human after that perbaiki kesalahan.


Sabar kunci konsisten dan bertahan

Wait for good setup

  • Jangan kejar pasaran kerana Fomo, biar tinggal bas daripada bahaya yang mendatang
  • Pastikan entry ikut semua rules dan system bukan mengikut emosi

:- price breakout with high volume baru entry

Holding Power

  • Jangan close trade terlalu awal kerana takut profit become loss
  • Stick to the exit plan, hit stop loss atau trailing stop baru close.

:- Kalau market not move yet, do nothing until proven otherwise.

Long Journey

  • Trading bukan bisnes skim cepat kaya. Loss adalah yuran kebodohan dan kemalasan. Jangan biarkan satu loss mematahkan semangatmu.

:- Jika loss 3 times in a row, stop trading, review and backtesting again.


Jangan terburu-buru, ikut strategi & terima loss dengan hati terbuka. Usaha yang terbaik, rezeki tetap di tangan Allah.

“Dan bertawakallah kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai pemelihara.” (Surah Al-Ahzab: 3)


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *