Bagaimana Saya Bermula?
Pada tahun 2020 time covid, saya ada terdengar tentang saham di mana after market crash, ramai orang buat duit walaupun campak di mana-mana kaunter. So saya jadi curious it that so easy to make money? So saya nekad untuk belajar dan menceburi bidang ni.
Pertengahan tahun tu saya start belajar basic trading, terms trading, and strategy dengan pantas supaya dapat implement dalam market yang sebenar.
Saya mula belajar secara agresif . Take notes, reading books, free pdf pasal trading download, youtube pon penuh video trading je. Masa ni rasa kena cepat habiskan nota, and beranggapan trading ni easy money and boleh terus berjaya.
Akaun Trading Pertama
Selepas berbulan-bulan belajar, saya akhirnya membuat keputusan untuk membuka akaun trading pertama saya dengan Mplus pada febuari 2021.
With only Rm500 deposit saya start trading saham di bursa, memang just untuk belajar dan lebur.
Time tu memang rasa begginer win tu, ada kaunter-kaunter yang melayang, tapi tak happy sangat sebab amount ciput selepas bayar fees. Ada tak yang loss? Mestilah ada, itu pun tak rasa emosi sangat sebab modal kecil.
Topup Modal
Selepas beberapa kali trade dari modal rm500, saya dapati akaun saya masih belum grow mungkin sebab modal yang terlalu sedikit. Dengan sedikit pengalaman dan ilmu saya topup rm5000 ke broker dengan harapan boleh jana lagi banyak duit.
Tetapi sangkaan saya meleset, saya bermain dengan emosi yang sebenar dan invest pada masa memainkan peranan yanng penting untuk berjaya dalam bidang ini.
Stop Trading & Reset
Selepas beberapa kerugian saya berhenti seketika daripada trading dan belajar semula dengan tertib dan tak terburu-buru. Fahami dengan lebih teliti apa yang dimaksudkan dengan pengalaman yang saya perolehi sebelum ini.
Key Lessons:
- Trading bukan jalan cepat untuk kaya – Saya bersyukur saya start pada waktu market sedang dalam correction, dan bukan waktu bullish kerana membuatkan saya kebih tamak dan akan hilang duit lagi banyak pada tahu pertama.
- Modal kecil, pengalaman besar – Saya bersyukur walaupun bermodal kecil saya dapat banyak belajar cara trade. Modal bukan penentu berjaya tetapi bagaimana kita handle risk setiap kali trade dan bagaimana kita lihat akaun kita konsisten buat duit.
- Follow the rules – Saya bersyukur setiap kali trade saya akan tahu di mana stoploss dan selalu ikut rules itu untuk protect capital saya. “Cut Your Losses Short and Ride the Winners”.
Leave a Reply