Bimillahirrahmanirrahim
Pernah tak kita rasa loss bukan dari segi kerugian dalam trading sahaja malah dari segi mental, fizikal dan sosial. Rasa kehilangan ini amat menyakitkan dari apa yang kita sangka, mungkin orang sekeliling boleh mengatakan sabar, tapi sakit itu hanya empunya badan sahaja yang tahu. Nak salahkan diri – sudah berlaku, nak salahkan orang lain – akhirnya berbalik kepada kita semula.
Tapi dalam banyak ujian sama ada harta, kesihatan atau kehilangan orang tersayang pasti kita tak pernah mengalaminya dalam satu masa dalam tempoh yang panjang seperti yang diceritakan dalam al-Quran tentang Nabi Ayyub bagaimana seluruh hartanya lesap, anak-anaknya semua meninggal dan seluruh tubuhnya mengalami penyakit sehingga tidak dapat bergerak. Sudahlah tiga ujian besar serentak tempohnya juga panjang selama 18 tahun tanpa berdoa kepada Allah dan hanya bersabar dengan ujian kerana malu dengan Allah sehinggalah menganggu beliau ketika beribadah.
Akhirnya, dengan tingginya tahap kesabaran Nabi Ayyub as, Allah telah memberi kesihatan sedia kala, mengembalikan harta serta anak-anak bahkan bertambah dan jauh lebih banyak. Jadi ketika kita sedang ditimpa musibah ingati kisah ini semoga apabila semuanya sudah berlalu kita tak akan menyesal tika kita sedang menempuh ujian tersebut yang akhirnya kita hanya akan tersenyum mengenang bagaimana manisnya proses berliku yang pernah kita lalui.
Wallahualam.
@asif_haziq Kesabaran Nabi Ayyub hadap ujian #sharing #fcpo #trading #trader

Leave a Reply