Gap Bukan Signs Untuk Exit? 27 & 31 Oct 25

by

in

Bismillahirrahmanirrahim. 

Trade Symbol: FCPOF2026
Tarikh, masa: 27 & 31 Oktober 2025
Timeframe: 2-Minute Chart


27 Oct 25

Setup:

Resistance sedikit jauh dengan test, adakah setup ni masih valid atau tidak?

Breakdown:

“Hm, Kalau ambil position ni, …”

  1. Stoploss jauh dari position breakout (-39 ticks).
  2. Gap up, trend masih jalan ke?
  3. Takda data previous backtest

Decision: “…Takyah laa”.

What if:

“Wow price masih turun, ni boleh add to data. Santai kita tengok malam apa jadi.”

What?

“Pergh, Gap down doh. 48 ticks kalau aku entry semalam.”

“Nak entry ke tak eh pagi ni, stoploss kecik ni (-14 ticks)“.

  1. Takpela, bukan rezeki aku
  2. Tunggu bas lain la, jauh sangat tinggal ni
  3. Kalau tak jadi ni makin stress aku. Biar la dia pergi.
  4. Market tak lari pun, rezeki pasti datang

Auch, Sakitnya!

“Market turun lagi 73 ticks dalam satu hari dari gap yang aku ragu semalam. Wah ini sangat sakit. Aku janggakan market akan slow down and reverse tapi tidak.”

8 ticks, take or leave it 

Aku akan hanya jadikan pelajaran apa yang terjadi, dan akan take action jika setup ini berlaku lagi

Adakah ini pengakhiran

“Fuh nasib tak masuk, breakeven je”

Post Trade

126 ticks in 2 days.


31 Oct 25

Setup

“Okay this is clear setup.”

Breakout

“Yup, follow suystem, no question.”

CL

Previous support 16 ticks, sangat low risk

Exit

“Ala, baru nak gerak dah ada gap up (exit sign). Alhamdulillah tak jauh. Exit je la. ”

Continuos Trend

“Aik kenapa makin turun ni?”

What, adakah gap bukan sign untuk exit?

“Wah, tokono den !”

26 ticks since entry (kalau tak exit)

What meaning of this gap?

“Wowo, makin turun nampak.”

Takpalah aku hanya jadikan pembelajaran untuk diriku semoga lebih baik in the future Insyallah.

Adakah gap ni untuk exit atau trailing previous support?

Masih steady

Okay, masih jalan. Adjust trailing.

Sepatutnya exit sini

Ada massive run followed by three bounce and break.

Another miss trade

107 ticks in 3 days.


Alhamdulillah dalam dua trade yang terdekat ini saya dapat pelajari bahawa:

  1. Gap di atas trailing stop /previous strong support tidak semestinya petanda untuk exit tergesa-gesa melainkan exhaustion gap.
  2. Gap kecil-kecil di fasa awal trend masih boleh diterima memandangkan market FCPO sering melakukan gap pada opening.
  3. Untuk re-entry kalau terlepas bas pastikan ada BO candle dan dekat dengan support.
  4. Untuk exit sikit-sikit jika pegang banyak contract masih in learning.

 

Alhamdulillah, atas pelajaran berharga ini. Syukur kerana kerugian masih dalam batas kemampuan. Astaghfirullah, atas ketidaksabaran dan sering menyalahkan diri tanpa melihat kebaikan mendatang.  Jadikanlah trading kami sebagai sarana mencari rezeki yang halal dan diberkati.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *