Every Market Is Unique
Bismillahirrahmanirrahim
Malam Yang Terlepas
Mari kita mulakan dengan apa yang berlaku.
Pada malam tersebut, saya sedang memerhati pergerakan FCPO. Seperti biasa, saya telah menandakan level-level penting — resistance, support, dan kawasan-kawasan yang berpotensi untuk breakout.
Apa yang saya nampak:
-
Ada konsolidasi yang sangat tight
-
Volume agak rendah
-
Tiada “wave” yang jelas — pergerakan harga kelihatan flat
Kerana itu, saya membuat keputusan untuk tidak masuk trade. Alasan saya: “Pattern tak cantik. Konsolidasi flat. Tiada wave.”
Tetapi… apa yang berlaku selepas itu?
Harga trigger breakout dan terus bergerak dengan kuat. Malam itu, harga jalan. Esoknya, harga gap down lagi. Satu pergerakan yang kalau saya ikut SOP, sepatutnya saya sudah berada dalam posisi yang menguntungkan.


Leave a Reply