Course Content
ASAS FCPO DAN PERDAGANGAN HADAPAN
Memahami apa itu FCPO dan mengapa komoditi ini penting
0/4
SPESIFIKASI KONTRAK DAN MEKANISME PERDAGANGAN
Memahami peraturan sebelum masuk pasaran
0/4
Pengenalan Trading FCPO (Crude Palm Oil Futures)

Siapa yang berdagang FCPO? Memahami pelaku pasaran membantu anda membaca tingkah laku harga.

1. Hedgers (Pelindung Nilai)

Para pemain besar seperti syarikat perladangan, pengeksport, atau kilang penapis. Mereka menggunakan FCPO untuk mengunci harga dan mengurus risiko.

Contoh: Seorang pengeluar sawit bimbang harga CPO turun 3 bulan lagi. Dia menjual kontrak FCPO sekarang. Jika harga benar turun, kerugian jualan fizikalnya diimbangi keuntungan dari posisi short hadapan.

2. Spekulator

Kumpulan ini merangkumi pelabur runcit, pedagang profesional, dan institusi. Mereka tidak mempunyai kepentingan fizikal terhadap sawit, tetapi ingin mengambil untung dari pergerakan harga.

Moto spekulator: Beli rendah, jual tinggi (atau sebaliknya untuk posisi short). Mereka menyediakan kecairan yang diperlukan oleh hedgers.

3. Arbitrageur

Mereka memanfaatkan perbezaan harga antara pasaran hadapan dan fizikal, atau antara bursa yang berbeza. Strategi ini lebih advanced, tetapi menambah kecekapan pasaran.

Contoh: Jika harga FCPO di Malaysia lebih murah daripada harga fizikal di Indonesia, arbitrageur akan beli hadapan Malaysia dan jual fizikal Indonesia.

Fakta Menarik: Syarikat perladangan milik kerajaan di Indonesia pada awalnya menjadi satu-satunya pihak yang berdagang di kontrak CPO Jakarta Futures Exchange, menunjukkan dominasi pemain besar di pasaran ini.