Bismillahirrahmanirrahim
Bila market dah close baru aku sedar bahawa ada setup dan entry selepas buka semual chart. Tapi aku lega bila lihat time-entrynya di mana. Begini kisahnya:
Hari ketiga trading pada tahun baru masih dalam nafas yang baru memulai perjalanan trading, market dibuka dengan gap up tetapi meneruskan down trend kembali. Pada 1436 beberapa minit selepas sesi petang dibuka aku tanda resistance dek kerana mengikuti syarat iaitu aggresive volume. Kemudian price bermain-main sehingga pada pukul 17:28 membuat test sebelum market close. Sebenarnya disini aku tidak lagi lihat chart dan menunggu entry sebab market nak close. So aku decide untuk close chart and reset untuk next trading day. Tapi alert muncul pada 17:56 namun tidak aku endahkan kerana berfikiran bahawa selalu market akan sedikit volatile ketika hampir closing. Ada yang menjadi ada yang sekadar fake breakout. Adakah tindakan aku betul?


Leave a Reply