6 Steps Cara untuk Bangkit dari Loss

Bismillahirrahmanirrahim

Step by step cara untuk bangkit dari loss dan belajar trading serta ubah lebih baik mengikut style dan character anda. Start sekarang dengan FREE 6-day course.


Assalamualaikum, nama saya Asif Haziq dan ini kisah saya dalam dunia trading:

“Dari FOMO ke Self- Mastery: Sebuah Catatan Perjalanan”

By: Seorang Trader yang Masih Belajar

Hari ini, 7 April 2026, aku memulakan sesuatu yang berbeza.

Bukan strategi baru.
Bukan indicator ajaib.
Bukan signal group.

Tapi sebuah janji pada diri sendiri.

Janji untuk jujur. Janji untuk konsisten. Janji untuk mencatat setiap langkah — baik yang manis mahupun yang pahit.

Ini bukan sekadar trading journal.
Ini adalah cermin untuk jiwa tradeku.

Shariah Traders

SKIP


2020: THE BEGINNING

Pandemik Covid-19 – 18 Mac 2020

Satu berita yang menggemparkan seluruh Malaysia. Ya, PKP berkuatkuasa. Ketika itu dunia maya terangkat dan aku diperkenalkan dengan saham yang lagi panas-panasnya diperkatakan. Dengan fomo pon aku mengorak langkah mengikut dan mempelajari segala bahan yang percuma boleh didapatkan di internet. Aku pun dengan serakahnya search online, register semua free webinar, tengok video-video di youtube dan yang paling berkesan adalah baca buku-buku trading.

Crypto – 25 Mac 2021

Aku juga membuka akaun crypto yang lagi fly saat itu di tokenize untuk allocate portfolio ku membeli ETH yang berharga 7999myr/eth pada saat itu.


2021: THE STRUGGLE

Selepas beberapa bulan masih belum mendapatkan hasil yang setimpal (ada la profit ada loss tapi dengan akaun kecil bayar segala fees pon dah tinggal banyak mana), aku cuba lagi mencari instrument yang boleh bagi pulangan cepat dengan modal kecil…

(FYI lepas saya study phase market, sebenarnya tahun 2021 market tengah correction dan waktu 2020 tu sebenarnya bullish. Jadi aku study time market bullish tapi trade time sideways market. Yeay!)

 Option Trading 27 Apr 2021
Aku juga menceburi options dengan membuka account di tastywork. Tapi malangnya tidak aku teruskan kerana kurang ilmu dan instrument yang complicated

CFD Trading – 27 May 2021

… saya terjerumus pula orang kata trade crude oil. Saya pon ingat patuh syariah. Takpela try study, demo dan deposit di ICM Capital. Tapi alhamdullilah selepas 2x trade yang tak rugi banyak sangat saya withdraw balik duit sebab tau tu sebenarnya CFD. Platform pon MT4.


2022: THE BREAKTHROUGH

Okay dekat sini sebenarnya rasa nak give up duit makin menipis. Ragu-ragu menguasai adakah aku perlu teruskan? sehingga Allah dorong untuk tengok FCPO pulak.

Phillip Capital  – 13 Oct 2021

Dengan 25% margin bolehla aku open position 1 lot. Time ni aku rasa lain macam sebab kalau dekat saham kau nak study realtime sangat susah. Sebab mostly guna weekly timeframe dan kena ikut general market. Tapi  FCPO kau boleh paper trade hari ini esok kau dapat result betul atau salah. Ini lagi cepatkan proses pembelajaran dan pembentukan emosi, dan kau tak boleh salahkan general market macam saham sebab atas bawah kau boleh balun.

Pentas.io & Opensea.io (NFT Boom!) Tarikh: 25 Feb 2022
Ni another FOMO story. Dengan pengetahuan sedikit tentang crypto aku pon ceburi NFT dengan transfer fund ke metamask . Masuk group discord. Minted item. Tapi macam biasa hype slow-slow hilang tapi it a best experience about kesenian lain dari finance.

Move to Earn macam Stepn & 1move pon aku beli. Sneakers konon berjalan dapat duit. Tapi lupa game disebalik game ini. Haih naifnya diri ini.


2023-2024: THE REAL TEST

Lepas celup-celup trade dan nampak FCPO aku asyik terkena dengan gap aku berpindah kepada Crude Oil (FCPO pon tak lepas ada hati nak main CL, Allah)

Tradovate-  10 Mac 2023
Dengan margin 2k usd dah boleh trade crude oil with real account. Okay dekat sini aku belajar, memang takda gap up atau gap down, tapi sekali kau mistake time us session, marah sedih combine sampai badan kau tak mampu react saking bercelarunya emosi.

Apex Trader Funding – 21 Apr 2024

Prop Firm datang dan tengah hangat dibincangkan. Aku pun melihat sebagai opportunity untuk aku trade crude oil tanpa mengendah hukum. Aku gunakan ini sebagai tools paper trade with emotion (dan data dia jugak not bad) not to make money. Sebab kalau difikirkan long-term, prop firm boleh sesuka hati ubah rules, time trade- time withdraw – dan tak scalable.

Bitget (Futures Crypto)-  8 Oct 2024

Aku rasa aku boleh handle short term trading emotion. Kat sini aku study jugak futures crypto. Lepas try paper trade aku rasa susah nak screen coin syariah. Tanpa memeningkan kepala, aku belum fokus untuk trade coin.

Tapi untuk futures crypto macam terang lagi bersuluh takde platform yang buat contract syariah. So hold dulu.


2025: THE GAME CHANGER

Selepas bertahun-tahun try and error semua instrument dan no improvement (dari segi duit). Mungkin bukan terletak pada duit, instrument, atau teknik yang problem. Tapi you. Yourself. Akhirnya, aku memilih jalan buat masa ni untuk fokus satu instrument patuh syariah iaitu FCPO.

Traderviz & Tradervue –8 Jan 2025

Sebelum ni bukan aku tak journaling tapi not serious, Just surface level. Kat mana buy kat mana sell. Tak review. Tak Refine Strategy.

Stop and sit tight. This is most valuable time to invest to yourself. Journaling your emotion. Dari situ aku kumpul ilmu teknikal dan combine dengan my risk and emotion tolerance.


LESSON OF THE DAY:

  • Jangan trade tanpa plan. Jangan trade tanpa ilmu.
  •  No one cares about your money more than you do. Jika tak belajar sendiri, jangan harap jadi trader.
  • Kadang-kadang kita kena jatuh dulu untuk sedar betapa pentingnya asas yang kukuh.
  •  Consistency is boring. But boring is profitable.
  •  Profit is the byproduct of good process. Focus on process, profit will follow.
  • Real money tests your psychology. Trust your system.

Utamakan Redha- Nya. Jangan risau. Rezeki dah ditulis sejak dalam kandungan. Tugas kita hanya usaha.

Amalan? belum tentu. Focus on Muslim Highers Objective, dunia akan bergolek tepat pada waktunya.


EPILOG: UNTUK DIRI SENDIRI DI MASA HADAPAN

Wahai diriku di masa depan,

Jika kau baca ini semula pada suatu hari nanti, ingatlah:

  1. Kau pernah rugi hampir semua modal. Tapi kau bangkit.

  2. Kau pernah percaya pelbagai teknik dan group. Tapi kau belajar untuk percaya pada diri sendiri.

  3. Kau pernah hampir berhenti. Tapi kau teruskan.

  4. Kau pernah rasa takut, tamak, frust, marah. Tapi kau belajar mengawalnya.

  5. Kau pernah trade tanpa plan. Tapi sekarang kau tahu plan adalah segalanya.

Jangan lupa dari mana kau bermula.

Jangan sombong bila profit.
Jangan putus asa bila loss.

Teruskan menulis journal.
Teruskan belajar.
Teruskan disiplin.

Kerana pada akhirnya,

“Kemenangan terbesar seorang trader bukanlah berapa banyak wang yang dikumpul, tapi berapa banyak dirinya yang berjaya diubah.”

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

Ditulis dengan penuh kesedaran,
*7 April 2026*


Ini bukan akhir perjalanan.

Ini hanyalah permulaan.

Perjalanan seorang trader adalah perjalanan seumur hidup.

Pasaran akan terus berubah.
Strategi akan terus berevolusi.
Tapi satu yang kekal:

Disiplin. Konsistensi. Kesabaran.

Itulah kunci.

“Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan orang-orang yang kafir.” (Yusuf: 87)

Semoga Allah merahmati perjalanan ini.

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

REGISTER